• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

DUN Kuala Besut ‘Hidang’ 20 Kawah Gulai Sambut Raya

Ramai tetamu memenuhi majlis sambutan seawal pagi lagi.
Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 17 Jun - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyediakan 20 kawah gulai untuk dijamu kepada tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat DUN tersebut.

Pegawai Penyelaras DUN, Azbi Salleh melahirkan rasa gembira di atas sambutan penduduk setempat dalam majlis berkenaan.

"Alhamdulillah sambutan pada tahun ini meriah. Paling penting, saya berharap majlis ini dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan di antara kita tidak kira parti atau pangkat.

"Saya juga ingin memohon maaf di atas kekurangan sepanjang ia berlangsung dan kami akan perbaiki lagi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Urus Setia Darul Iman (UPDI) dalam majlis sambutan yang berlangsung di kediamannya, kelmarin.
 
Kanak-kanak turut diraikan dengan duit raya.
Di antara tetamu yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman dan Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh serta Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi.

Bagi meraikan golongan kanak-kanak yang hadir, Azbi turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis tersebut.




Tag: