• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Duyong Marina Rekod Pendapatan Tertinggi

KUALA TERENGGANU, 3  Ogos - Hotel atau resort milik kerajaan negeri, Duyong Marina & Resort (DMR) mencatatkan pendapatan tertinggi sejak penubuhannya apabila memperolehi hasil RM10 juta tahun lalu.

Pengurs Besar DMR, Wan Mohd. Faizul Wan Abas berkata, pendapatan itu telah diraih melalui pelancongan domestik.

"Sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan tahun 2020 di mana pada masa itu disebabkan pandemik maka aktiviti pelancongan sebagaimana sedia maklum sangat terjejas dan pendapatan yang kita perolehi pada waktu itu ialah RM7.4 juta,"ujarnya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di Majlis 'Soft Launch' Kempen Salam Malaysia #Senyumsokmo, di Verandah retaurant, DMR di sini semalam.

Ujar Wan Mohd. Faizul, pada tahun ini pihaknya menyasarkan pendapatan sebanyak RM12 juta.

"Untuk mencapai sasaran ini ia agak mencabar dan kita juga melakukan 'renovation' di beberapa tempat, pelbagai cara dan usaha akan kita laksanakan termasuk memperkenalkan pelbagai produk baru.

"Kita akan berfikir di luar kotak bagi mencapai sasaran itu, jadi saya harap 'team sales' akan lebih kuat selepas ini, untuk masa sekarang kita akan terus pergiatkan promosi melalui perancangan yang telah kita aturkan mengikut jadual tahunan," katanya.