• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Empat sungai di Terengganu Lepasi Paras Bahaya- JPS

SETIU, 16 Disember - Empat sungai di Terengganu masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu dua di Setiu dan masing-masing satu di Hulu Terengganu dan Marang.

Bacaan dicatatkan setakat jam 9 pagi tadi berdasarkan laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Sungai berkenaan ialah Sungai Nerus di Kampung Langkap yang merekodkan bacaan 21.86 meter berbanding paras bahaya 21.00 meter.

Sungai Chalok di Jambatan Chalok pula mencatat bacaan 8.91 meter, berbanding paras bahaya 8.40 meter

Manakala Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu pula merekodkan bacaan 19.9 meter berbanding 19.7 meter paras bahaya.

Di Marang, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan mencatat bacaan 2.72 meter berbanding 2.7 meter paras bahaya.

Sementara itu, dua sungai mencatatkan bacaan pada paras amaran iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman.

Manakala paras waspada pula membabitkan empat sungai.

 


Tag: