• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Empat Sungai Lepasi Paras Bahaya - JPS

KUALA TERENGGANU, 24 Disember Empat Sungai di Terengganu mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya, selepas hujan berterusan membabitkan dua di Setiu dan masing-masing satu di Hulu Terengganu dan Kemaman.

Bacaan dicatatkan setakat jam 8.15 pagi tadi berdasarkan laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membabitkan Sungai Nerus di Kampung Langkap  merekodkan bacaan 21.74 meter berbanding paras bahaya 21.00 meter.

Sungai Setiu di Kampung Besut pula mencatat bacaan 17.73 meter, berbanding paras bahaya 17.5 meter.

Manakala Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu pula merekodkan bacaan 20.11 meter berbanding 19.7 meter paras bahaya.

Di Kemaman, Sungai Tebak di Jambatan Tebak mencatat bacaan 18.66 meter berbanding 18.5 meter paras bahaya.

Sementara itu, tujuh sungai mencatatkan bacaan pada paras amaran iaitu dua di Besut membabitkan Sungai Besut di Jambatan Besut dan Sungai Besut di Kampung La.

Lima sungai lain termasuk Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun, Sungai Berang di Kg. Menerong, Hulu Terengganu,

Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman, Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.


Tag: