• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Enam Pasukan Meriahkan Bola Sepak 9 Sebelah Kampung Bukit


Oleh : Ariss Alias

SetiuKejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Kampung Bukit, di sini,  menarik penyertaan enam pasukan yang diwakili warga belia dan veteran.

Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, kejohanan anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bukit yang bermula semalam berakhir hari ini berjaya merapatkan silaturahim dan memupuk semangat kesukanan di kalangan peserta.

"Saya amat gembira melihat sambutan oleh penduduk kampung terhadap kejohanan ini dan insyaAllah kita akan mengadakan kejohanan bola sepak yang lebih besar di peringkat DUN selepas ini,"katanya di majlis penutup dan penyampaian hadiah, hari ini.

Turut hadir, Penolong Penyelia Kemasyarakatan dan Kebajikan Pusat Khidmat DUN Langkap, Ahmad Mohd Nor, Pengerusi MPKK Kampung Bukit, Zulkifli Mahmood Chen dan Pengerusi MPKK Tayor Tengah, Encik Mazlan Musa.


Kejohanan ini menarik kehadiran ramai penduduk kampung yang menyokong pasukan masing-masing.

Program turut dimeriahkan dengan pasukan bola sepak remaja Sekolah Sukan Bukit Nenas yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kampung Bukit.



Tag: