• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

EPIC Terengganu Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Foto - Pok Abbas
Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 28  Mei - Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC)  terus menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan meraikan 135 anak yatim di Majlis Berbuka Puasa di Paya Bunga Hotel, di sini kelmarin.

Majlis itu sebagai lanjutan sumbangan baju raya kepada pelajar berkenaan di sebuah pasaraya pakaian di Kuala Nerus dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi hadir menyampaikan sumbangan hari raya EPIC kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Majlis disambut meriah dengan kehadiran hampir 240 orang tetamu jemputan.

Terdahulu dari itu Pengurus Besar (Perancangan Korporat, Komunikasi, Pembangunan dan Projek Khas) Abdul Adzim Abdul Hamid  dalam satu majlis di Kuala Nerus berkata, EPIC memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk aktiviti CSR tahun ini.

Katanya, wang setengah juta itu dibelanjakan untuk meraikan dan membantu golongan miskin, anak yatim dan pihak yang memerlukan bantuan untuk pendidikan, kemiskinan, sukan dan rekreasi. 

Tambahnya, peruntukan  lebih besar dibelanjakan tahun lepas berdasarkan prestasi kewangan anak syarikat kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun angka sebenar jumlah perbelanjaan itu tidak dimaklumkan.


Tag: