• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Faizal Tahir Buat Kejutan

SETIU, 18 Jun –  Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu mendapat sambutan di luar jangka apabila menerima penyertaan seramai 151 orang termasuk artis terkenal tanah air, Faizal Tahir.

Sementara itu, KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan mengambil bahagian dalam kategori antarabangsa iaitu CEN 1*100 dan Baginda berkenan memakai jersi nombor 9 .

​​​​Turut mencuri perhatian terdapat dua orang peserta antarabangsa iaitu daripada Thailand dan Singapore yang mengambil bahagian dalam kategori CEN 1*100.

Semua peserta bagi CEN 100KM dan CEN 1*100KM dikehendaki melalui 4 landasan iaitu sejauh 25 KM, 30 KM, 25 KM, 20 KM.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menyempurnakan majlis pelepasan pada jam 5 petang semalam bertempat di TIEP Lembah Bidong, Setiu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.


Tag: