• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Fenomena Air Termenung Segera Diatasi JPKK

MARANG, 16 Februari- Masalah air termenung disebabkan hujan lebat sehari dua ini di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong disini diberi perhatian segera oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan terbabit.

Pengerusi JPKK Surau Haji Mat Zin, Mohd Nor A.Majid berkata, sebanyak 15 buah rumah di Jalan Sekulit dan dibelakang masjid tersebut terlibat dengan fenomena air bertakung dihalaman rumah mereka.

"Bagi mengatasi masalah air termenung tersebut, pihak JPKK telah menjalankan proses pembinaan saliran air dengan menggali parit sepanjang 120 meter," ujarnya kepada pemberita.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan tanah yang terlibat kerana telah memberi kerjasama dengan membenarkan kerja-kerja menggali parit dilakukan.


Tag: