• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Fiesta Wau Negak Marang Ditangguhkan

MARANG, 21 Ogos - Acara hari terakhir Fiesta Wau Negak Marang 2022 terpaksa ditangguhkan ke hari sabtu depan, 27 Ogos 2022 atas faktor cuaca yang tidak menentu.

Urus Setia program, Suria Mohamad berkata keadaan hujan yang terlalu lebat menyebabkan pihaknya terpaksa menangguhkan acara tersebut.

"Acara ini diadakan selama dua hari iaitu bermula 19 hingga 20 Ogos 2022 namun terpaksa ditangguhkan pada hari terakhir pertandingan atas faktor cuaca dan keselamatan peserta.

"Penyertaan bagi acara ini adalah seramai lebih 200 orang peserta yang tidak mengira lapisan umur dan acara ini diadakan di Kampung Durian Pahit Merchang, Marang," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). 

Perasmian penutup bagi acara ini akan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Sulaiman Sulong.

Tambah Suria, sambutan pada hari jumaat,19 Ogos iaitu pada hari pertama program sangat meriah dengan pelbagai aktiviti seperti Pameran Wau Sobek, Demostrasi Pembuatan Wau dan Pertandingan Wau.

Sementara itu, pelbagai hadiah menarik disediakan kepada peserta yang bertanding seperti wang tunai sebanyak RM750 dan RM500 kepada Johan dan Naib Johan pertandingan.

 


Tag: