• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Futsal TFC Lepas Peluang Tambah Mata, Dibelasah 6-0

KUALA LUMPUR, 19 Februari - Pasukan Futsal Terengganu FC (TFC) terpaksa melupakan hasrat bagi menambah tiga mata penuh dalam membaiki kedudukan liga setelah dibenam skuad Hobin Jang Hobin.

Kegagalan TFC mengekang asakan bertubi-tubi dari pasukan Negeri Sembilan (NS) telah menyebabkan Negeri Sembilan menang bergaya dengan enam jaringan tanpa bolos di Stadium Panasonic Shah Alam, petang semalam.

Pemain NS, Nazreen Saudi berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke sepuluh hasil lorongan cantik rakan sepasukannya.

Tersentak dengan jaringan tersebut, TFC bangkit memburu gol penyamaan. 

Namun, Pemain NS, Navin Das berjaya menambah duka TFC setelah menjaringkan gol selepas mengelecek pemain TFC dari tengah gelangan pada minit ke-14.

Pada saat-saat akhir perlawanan suku masa pertama, Saiful Nizam, pemain TFC mencuba untuk memecah kebuntuan gol tetapi berjaya dihalang penjaga gawang NS.

Keputusan kekal 0-2 sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, TFC berjaya melakukan asakan pada awal minit perlawanan. 

Tetapi, pemain NS mudah mematahkan serangan dari TFC.

Pada minit ke-26, pemain NS sekali lagi berjaya menambah gol yang ketiga hasil rembatan padu Lee Chia kearah gawang TFC.

Sekali lagi pintu gol TFC kembali cemas apabila pemain NS yang cuba untuk menjaringkan gol berjaya dihalang oleh penjaga gol TFC dalam pertemuan 1 lawan 1 pada minit ke-27.

Asakan bertali arus yang dilakukan NS akhirnya membuahkan hasil apabila pemain NS, Syazwan Ashraf menjadi duri dalam daging buat TFC dengan jaringan yang ke-4 pada minit ke-31 hasil pergelutan di depan gol TFC.

Akhirnya, TFC terpaksa akur dengan kehebatan NS apabila NS berjaya menambah 2 lagi jaringan pada minit-minit akhir perlawanan.

Keputusan kekal 0-6 sehingga wisel penamat dibunyikan yang menyaksikan TFC terpaksa akur dengan NS.


Tag: