lightning-solid
Berita :
Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Daerah Marang
Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Daerah Marang
Trdi News
25 Jun 18
87

Pekerja dilihat sedang melakukan pembaikan paip pecah.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong melalui laman Facebooknya sebentar tadi memaklumkan terdapat gangguan bekalan air daripada Suruhanjaya Air Terengganu (SATU) di kawasan Kampung Lubuk Pandan, Kampung Sungai Serai dan kawasan sekitarnya sejak pagi ini.

Gangguan bekalan tersebut berpunca daripada paip pecah di Kampung Bukit Lubuk Pandan yang menyalurkan air dari sumber tangki Bukit Belat.

Beliau menyatakan sebanyak 300 akaun pelanggan terlibat dan bekalan air telah ditutup.

Dijangkakan, proses pembaikan yang dilaksanakan ABS Warisan akan selesai sekitar jam 2.00 petang nanti.


Tag :

Artikel Berkaitan