• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Gangsa Jadi Sandaran Pasukan Bowling

Ustaz Ariffin Deraman.
Oleh: Ahmad Fadhilah

MARANG - Pasukan Bowling Terengganu yang akan berentap di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 menjadikan pingat gangsa sekurang-kurangnya sebagai sandaran untuk Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, tidak mustahil pasukan bowling negeri dapat memperoleh pingat dalam SUKMA kali ini.

"Kita telah menyediakan kemudahan dan telah memberi semangat sebagai satu suntikan untuk mereka menghadapi perlawanan yang bakal berdepan dengan pihak lawan yang hebat," ujarnya.

Beliau yang juga merupakan bapa angkat pasukan bowling negeri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai Majlis Ambang Maal Hijrah 1440 Hijrah di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Bandar Marang, semalam (10 September).

Majlis bermula pada jam 7 petang dimulai dengan bacaan doa akhir tahun hijrah, solat Magrib, solat sunat hajat serta bacaan Surah Yaasin.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.

Tag: