• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Golden Pharos Glass Menang Anugerah Brand Laureate 2018/2019




Kuala Lumpur, 4 Julai – Golden Pharos Glass Sdn Bhd (GP Glass), anak syarikat Golden Pharos Bhd, berjaya memenangi anugerah Brand Leadership dalam acara berprestij Brand Laureate 2018/2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Pharos Berhad, Dato’ Nadza Abdul berkata kemenangan GP Glass mendapat anugerah tersebut merupakan satu pengiktarafan yang tinggi terhadap kualiti produk yang dihasilkan.

Jelasnya, syarikat pengeluar kaca anak syarikat kerajaan negeri Terengganu itu memenangi anugerah dalam kategori Manufacturing Laminated and Tempered Glass.

“Ini jelas membuktikan bahawa GP Glass adalah jenama produk kaca yang terkenal lagi dipercayai.

“Kami yakin dengan pengiktirafan yang diberikan ini mampu membuka peluang kepada GP Glass untuk pasaran yang lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan rasmi Golden Pharos Berhad hari ini,

Anugerah tersebut diterima oleh Dato’ Nadza Abdul yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Asia Pacific Brands Foundation Tan Sri Rainer Althoff dan Presidennya Dr KK Johan.

Sementara itu, Pengurus Besar GP Glass, Stanley Lau Chan Ming berkata penganugerahan yang diterima ini sudah mencapai satu lagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh pengurusan tertinggi Kumpulan GPB terhadap syarikat tersebut.

“Kami akan terus melihat ke hadapan untuk memastikan syarikat ini akan dapat bersaing dengan pengeluar-pengeluar yang lain bagi menjana keuntungan yang berpanjangan kepada syarikat dan Kumpulan GPB amnya,” katanya lagi.


Tag: