• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Golden Pharos Sumbang RM1,000 Untuk Tabung Wakaf Tunai

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Dato' Nadza Abdul (berbaju oren) berbasikal bersama-sama 364 peserta yang lain dalam Maidam Fun Ride yang diadakan di Marang

KUALA TERENGGANU, 18 Mac – Kumpulan Golden Pharos Bhd (GPB) menyumbang sebanyak RM1,000 pada Tabung Wakaf Tunai yang dikendalikan oleh Majlis Adat Istiadat Melayu Negeri Terengganu (Maidam).

Sumbangan tersebut disalurkan melalui program berbasikal Maidam Fun Ride di Akademi Kulinari Pulau Kerengga, Marang sejauh 35.7 kilometer.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Dato’ Nadza Abdul berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan untuk menyertai program yang berbentuk sedemikian kerana ia bukan sahaja aktiviti yang sihat malah memberi manfaat kepada peserta-pesertanya.

“Di samping berbasikal, pihak Maidam turut menyalurkan bantuan yang kami sumbangkan itu kepada golongan-golongan yang memerlukan di kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Maidam Fun Ride yang dianjurkan oleh Maidam pada Sabtu lalu merupakan acara julung kalinya diadakan di mana setiap yuran penyertaan daripada peserta akan disalurkan terus kepada Tabung Wakaf Tunai.

Turut hadir di program berkenaan ialah Yang Dipertua Maidam, Dato’ Osman Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M. Rozi Bidin.


Tag: