• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Gotong-Royong Pastikan Bencana Buruk Tidak Berulang

KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Kerjasama erat yang terjalin antara agensi kerajaan dalam menyelesaikan masalah komuniti mampu memastikan kesejahteraan komuniti.

Ahli Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Azrin Mohd Aris berkata operasi pemangkasan pokok berskala besar yang dijalankan selama tiga hari bermula kelmarin di Taman Awam Batu Buruk merupakan antara kerjasama itu.

 "Kerja-kerja ini dilakukan untuk mengelak sebarang bencana  kepada orang awam yang ingin berkunjung ke sini dan juga boleh merosakkan harta benda ," ujarnya. 

Azrin berkata demikian ketika ditemui media semasa meninjau kerja-kerja yang turut melibatkan MBKT dan Pejabat Daerah.

Beliau terharu dengan kesungguhan pekerja-pekerja MBKT dan Pejabat Daerah yang memberi komitmen yang tinggi dalam melakukan kerja-kerja penerbangan dan pemangkasan pokok.

"Insya-Allah, kita akan sentiasa 'support' (menyokong) usaha MBKT dan kita berharap kerjasama antara Ahli Majlis serta MBKT dalam menyelesaikan isu-isu rakyat ni bukan hanya yang melibatkan  kerja-kerja pemangkasan pokok di
saja tetapi  juga isu-isu lain," katanya.

 


Tag: