• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

GPMS Perlu Bantu Kerajaan Rancang Strategi Untuk Anak Muda



Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu boleh membantu kerajaan merancang pelbagai strategi serta memberikan idea untuk membantu meningkatkan pencapaian anak-anak muda Melayu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata perkara itu amat penting bagi memastikan anak-anak muda Melayu tidak ketinggalan terutama ketika dengan zaman teknologi maklumat yang semakin canggih

Katanya, budaya bergantung harap kepada kerajaan juga harus ditransformasikan kepada budaya kreatif dan berdikari yang tinggi untuk lebih berjaya.

“Kerajaan sentiasa mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus memperkasakan agenda orang Melayu dan GPMS sangat terkenal dengan kelas bimbingan yang menjadi satu kegiatan tradisi yang telah memberi manfaat dan berjasa kepada masyarakat.

“Jadi, saya berharap agar GPMS terus memperkasakan kembali kelas bimbingannya supaya menjadi medan untuk memupuk kesedaran, malah dapat membantu keluarga berpendapatan rendah,” katanya.


Beliau berkata demikian Konvensyen Gen-Y Terengganu Dan Mesyuarat Agung GPMS Negeri Terengganu di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.

Tag: