• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

`I Love U Mom!' - MB Terengganu



KUALA LUMPUR, 5 Mac - Keakraban dan nilai kasih sayang antara anak dengan ibu terserlah menerusi gambar ini.

Pemimpin utama negeri, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan mengunjungi dan meluangkan masa dengan ibunya yang tercinta, Safiah Abd Latif, 78 apabila ke Kuala Lumpur sebagai menghargai jasa wanita yang membesar, mendidik dan menjaga beliau selama ini. 

"Alhamdulillah anakanda dapat menziarahi Ummiku tercinta di Kuala Lumpur (KL) pagi ini (semalam), moga sihat selalu dan dalam rahmat Allah jua.

"Setiap kali di KL, anakanda akan terus menyantuni Ummi, terima kasih tak terhingga kerana mendidik dan menjagaku sepanjang hidup ini. Usia 78 tahun masih nampak muda, I LOVE U MOM!" luah Dr Ahmad Samsuri dalam status yang dimuat naik dalam Facebook beliau semalam.

Dr Samsuri semalam berada di Putrajaya untuk menghadiri mesyuarat  Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kali pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Waktu senggang sementara menghadiri urusan rasmi itu, beliau sempat menunaikan tanggungjawab sebagai anak bagi mengeratkan lagi hubungan antara mereka walaupun sudah bergelar menteri besar.

Malah, hubungan seorang anak dengan ibunya tidak akan renggang buat selama-lamanya walau apa kedudukan dan pangkat yang dimiliki masing-masing.

Tag: