• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

i-MiTS Batu Rakit Giat Santuni MOSWAY

SETIU, 1 Februari-Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS)  terus giat menyantuni golongan miskin, orang kurang upaya, sakit, wanita armalah dan Yatim (MOSWAY) dalam usaha memastikan kebajikan penduduk setempat terpelihara

Penyelianya, Mohd Pauzi Muda berkata, ianya menjadi aktiviti harian kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit yang diseliakan oleh pihaknya dalam mewakili kerajaan negeri ini dimana pelbagai bantuan seperti bantuan barangan keperluan asas telah disampaikan selain buah-buahan turut diberikan.

"Dimana sebanyak 10 hingga 15 buah rumah dalam satu minggu pada setiap bulan telah disasarkan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK).

"Dengan ziarah kebajikan yang kami lakukan ini juga memberi peluang untuk mengetahu perihal penduduk serta dapat bertanya khabar tentang kesihatan dan masalah yang mereka hadapi, jadi ia membantu kami untuk mengenal pasti setiap penduduk yang sedang menghadapi permasalahan," katanya.

Pauzi Muda yang juga Ketua I-Mits DUN Batu Rakit berkata demikian ketika dihubungi pemberita, kelmarin bagi mendapat gambaran sebenar mengenai MOSWA.
 
"Mungkin sumbangan itu tidak seberapa tetapi yang penting ianya dapat menghidupkan serta membudayakan amalan ziarah-menziarahi sepertimana yang dianjurkan di dalam Islam serta menjalakan tanggungjawab yang telah diamanakan oleh kerajaan bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat terjamin," ucapnya.