lightning-solid
Berita :
Juara Bertahan Tampil Garang, Belasah Anak Ikan FC 5-0
Juara Bertahan Tampil Garang, Belasah Anak Ikan FC 5-0
Hidayah Azlin
14 jam yang lepas
17

SETIU,26 Julai  – Juara bertahan Piala ADUN Jabi 2025, Felda Selasih FC memulakan langkah bergaya dalam saingan Liga Jabi 2026 selepas membelasah Anak Ikan FC 5-0 pada perlawanan pembukaan di Padang Bola Tasik Mengkuang Kerandang, petang semalam.

Kemenangan selesa itu sekali gus membuktikan keutuhan Felda Selasih FC sebagai pasukan pilihan kejohanan, manakala Anak Ikan FC yang baharu memasuki musim kedua bersaing terpaksa akur dengan kehebatan serta pengalaman lawan.

Sejak wisel permulaan ditiupkan, Felda Selasih FC terus menguasai bahagian tengah dan melancarkan serangan bertali-arus yang menyaksikan jentera pertahanan Anak Ikan FC kerap tertekan sebelum akhirnya dibolosi lima gol tanpa balas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, biarpun Anak Ikan FC menerima keputusan pahit pada perlawanan pertama, peluang untuk bangkit semula dalam saingan tersebut masih lagi terbuka luas.

"Perjalanan masih panjang, saingan masih terbuka," katanya memberi dorongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

Dalam pada itu, Nik Muhamad Syahrul Amin Bin Mamat, 27, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas menunjangi jentera serangan dan mengemudi bahagian tengah pasukan dengan begitu berkesan.

Beliau turut menerima pingat penghargaan khas yang disempurnakan sendiri oleh ADUN Jabi di padang perlawanan.

Piala ADUN Jabi terus menjadi medan terbaik dalam menyemarakkan aktiviti sukan komuniti tempatan, di samping mencungkil bakat-bakat baharu bola sepak di peringkat akar umbi bagi kawasan DUN Jabi dan sekitarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan