KUALA TERENGGANU, 3 Oktober – Jabatan Laut Malaysia tidak mengeluarkan arahan menutup mana-mana pulau di Terengganu, sekali gus menyangkal dakwaan yang tular di media sosial.
Sebaliknya, jabatan itu hanya akan menghentikan operasi jeti di bawah seliaannya sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, berdasarkan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
“Jabatan Laut akan terus memantau perkembangan cuaca semasa serta merujuk amaran METMalaysia sebelum membuat keputusan berkaitan operasi jeti,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, operasi jeti dihentikan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan risiko kepada pengguna apabila keadaan laut dan cuaca tidak sesuai untuk perjalanan.
Justeru, orang ramai diminta tidak menyamakan pemberhentian operasi jeti dengan arahan menutup pulau.
“Status operasi jeti juga boleh berubah mengikut perkembangan cuaca dan amaran terkini yang dikeluarkan METMalaysia,” ujarnya.
Orang ramai turut diminta mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi bagi mengelakkan kekeliruan akibat penyebaran dakwaan di media sosial.