• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

'Influencer' Sebagai Pendidik

DUNGUN, 6 Mac- Pempengaruh (Influencer) digesa untuk menyediakan kandungan yang berjaya mendidik pengikut mereka menjadi lebih positif dan berpengetahuan.

Mengulas lanjut, pelakon 'Pok Ya Cong Codei', Sabri Yunus berkata, merekalah yang sepatutnya menjadikan media sosial lebih beretika walaupun tiada sekatan dan penapisan sebagaimana televisyen dan tayangan di pawagam.

"Influencer salah satu perniagaan, adalah bagus kita menjana pendapatan dengan media sosial,

"Zaman sekarang jika tidak ada ilmu media sosial untuk berniaga akan menimbulkan masalah" katanya.

Sabri yang memegang watak utama dalam sebagai Pok Ya menerusi drama bersiri Pok Ya Cong Codei Mencari Siti itu berkata demikian di Slot Bicara Santai Orang Muda sempena Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera(TMBS) DUN Sura di Dewan Medan Arena, di sini baru - baru ini.

Program bual bicara tersebut turut menampilkan pempengaruh  'TikToker' , Dr Tengku Fakhruddin Tengku Fauzi sebagai Moderator dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(IMiTS), Kamaruzaman Abdullah, sebagai ahli panel kedua.

Ujarnya lagi, sekarang anak muda mencari pendapatan tanpa bekerja. Mereka mahu bekerja sendiri, tidak suka makan gaji disebabkan pendapatan menerusi media sosial sangat lumayan. 

"Akan tetapi bahayanya ialah kita menjadi sangat bebas tanpa siapapun boleh menyekat,

"Sepatutnya kita sebagai influencer mengajak orang semakin berfikir ke hadapan tapi sebaliknya kandungan (content) kita mundur ke belakang," jelasnya lagi.


Tag: