• 21 Mei 2024 | 13 Zulkaedah 1445

Isu Penculikan Kanak-Kanak Perlu Ditangani Secara Tegas


Oleh: Syed Kamal

KUALA LUMPUR, 3 April- Isu penculikan kanak-kanak di Terengganu yang tular dalam media sosial baru-baru ini amat membimbangkan terutamanya di kalangan Ibu-bapa.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim meminta Menteri Dalam Negeri  bertanya mengenai langkah segera yang diambil kerajaan bagi mengatasi masalah yang menimbulkan kerisauan masyarakat itu.

"Saya difahamkan ada di kalangan ibu bapa mengatakan bahawa anak-anak mereka didekati individu yang tidak dikenali mengajak menaiki kenderaan," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi pertanyaan bagi soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Susulan itu, beliau juga mempersoalkan adakah kerajaan akan menempatkan anggota polis di setiap sekolah bagi memantau keselamatan anak-anak terutama ketika balik dari sekolah.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Mohd Azis Jamman berkata, kementeriannya mengambil langkah serius untuk menangani kes perculikan itu termasuk menubuhkan National Urgent Response (NUR) sebagai sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang dianggotai 37 petugas daripada pelbagai kementerian.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar Varatharaju Naidu meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik kes-kes penculikan kanak-kanak di negara kita sejak 10 tahun yang lalu. Berapakah tangkapan dan penyelesaian kes penculikan kanak-kanak setakat ini.

Tag: