• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Jalan Lampu Isyarat Majlis Daerah Marang Ditutup

MARANG, 23 Disember - Laluan dari simpang Pusat Sumber/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang sehingga lampu isyarat Marang/Majlis Daerah Marang akan ditutup buat sementara.

Jurutera Daerah Marang, Ir. Mohd Khairul Amir Mohd Jamil berkata, penutupan jalan raya tersebut adalah bagi memberi ruang kepada peserta program berbasikal Marang Monsoon Challenge (MMMC) 2021.

"Bermula 25 (10 malam) sehingga 26 Disember (1 tengah hari), pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Alor Pak Bang untuk ke Dungun dan Kuala Terengganu.

"Jalan Alor Pak Bang dari Dungun dan Kuala Terengganu juga boleh digunakan untuk ke Sungai Kerak, Sentul Patah dan Pengkalan Berangan.

"Para pengguna diminta untuk mematuhi tanda arah serta papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan,” katanya.

Untuk pengetahuan, acara MMC bakal berlangsung pada 26 Disember (Ahad) dengan pelepasan di Dataran Bandar Marang pada jam 8 pagi.


Tag: