• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Jangan Takut Walaupun Beza Fahaman Politik


Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 29 April  - Masyarakat hari ini tidak perlu mempunyai rasa takut atau bimbang untuk menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan hanya kerana perbezaan politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata sikap sebegini jika diamalkan hanya merugikan diri sendiri.

"Kenapa kita takut sesama manusia, kita adalah makhluk biasa, insan biasa, kita hamba Allah, yang patut kita takut ialah Allah.

"Apa yang Allah suruh, kita buat, apa yang Allah larang, kita tinggal sama sekali. Rezeki, kita kena ingat bukan tangan orang, rezeki, sikit banyak pun datang daripada Allah, kalau kita nak banyak manapun, kalau ianya bukan rezeki kita, tak payah nak berangan sangatlah,"katanya.

Alias  berkata demikian ketika merasmikan Jalinan Mahabbah  Bersama Penduduk Balai Besar(Jalan Intan) dan Alor Tempoyak di Dewan Sivik di Dewan Sivik Batu 48, di sini baru-baru.


Program tersebut adalah sempena YB Bersama Rakyat di Unit Peti Undi(UPU) Taman Permint yang merupakan UPU kedua mengambil gilirannya di mana ianya melibatkan 12 UPU di DUN berkenaan dan  diatur setiap akhir bulan.

Ianya berjaya menarik ramai komuniti setempat dan orang luar itu dimulakan dengan Langkah Mahabbah 10.000 langkah, sukaneka, pertunjukan ular oleh Angkatan Pertahanan Awam(APAM) serta pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Tambahnya, tidak perlu ada rasa takut kepada siapa yang menjadi pemerintah tetapi yang penting Islam sebagai hala tuju.

"Jadi saya pun rasa susah hatilah, sebab takut-takut yang tak mari tu sebab dia rasa takut lagi.Tak perlu takut lah, siapa yang memerintah, yang kita nak ialah dia mesti letak Islam sebagai hala tuju dia.

"Marilah parti mana-manapun, kalau  letak Islam yang menjamin kita selamat di dunia, selamat di akhirat, jauh daripada azab api neraka, yang itu kita kena sokong,"ujarnya.


Tag: