• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

JPKK DUN Ajil Komited Laksana Tugas

Oleh : Muhammad Aqil Mat Ali

HULU TERENGGANU, 19 Disember - Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) AJIL perlu komited menjadi penggerak hasrat kerajaan dalam menyampaikan maklumat mengikut saluran yang ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong , Mohd Zawawi Ismail berkata , JPKK adalah orang tengah yang membantu memudahkan segala urusan di setiap kampung.

"Tujuan kita adakan majlis watikah pelantikan pengerusi JPKK DUN AJIL ini adalah untuk memperkukuhkan tanggungjawab anggota JPKK yang telah diamanatkan dengan kepercayaan secara rasmi untuk melaksanakan tugas mereka.

"Ianya melibatkan pengerusi dan ahli JPKK di DUN AJIL ini," ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Watikah Pelantikan JPKK Peringkat Dun Ajil pada malam tadi.  

Turut Hadir , Ketua Penolong Pegawai Daerah , Fairul Hisyam Mat , dan diiringi oleh Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) ,  Mohammad Ariff Syahdan Ab. Razak , dan Penghulu Mukim Penghulu Diman ,  Mohd Jefri Din Salleh.

Dalam majlis tersebut, seramai 46 orang pengerusi JPKK  menerima watikah perlantikan masing-masing di Dewan Yayasan Salim , Kampung Tok Randok , Ajil .