• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Karnival Bukit Payong Sejahtera : MB, Ahli Parlimen Marang Serikan Majlis

Karnival Bukit Payong Sejahtera.

Oleh: Nasir Abdullah

KUALA TERENGGANU, 28 April - Satu program kemasyarakatan untuk mendekatkan kerajaan negeri dan rakyat akan diadakan di pekarangan Pasar Kedai Buloh, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan merasmikan Karnival Bukit Payong Sejahtera yang bakal berlangsung selama empat hari itu, manakala Ahli Parlimen Marang, Dato Seri Abdul Hadi Awang akan turut serta bagi memeriahkan lagi program berkenaan.

Pengarah Karnival, Haris Malik berkata, karnival itu amat bertepatan dengan situasi semasa kerajaan negeri yang bakal menyambut ulang tahun pentadbiran pertama pada Mei nanti.

Dalam karnival ini juga, banyak agensi kerajaan yang turut sama turun bagi menjayakan program ini, sekali gus rakyat akan mendapat maklumat tepat berkenaan agensi-agensi berkaitan.
 
Haris Malik.
Selain itu juga, agensi-agensi itu akan menyediakan kemudahan, penerangan peluang-peluang bagi rakyat yang telah disediakan oleh kerajaan, ini adalah capaian terus, tidak melalui mana-mana pihak ketiga,” ujarnya.

Haris berkata, beberapa acara sukan rakyat, kemasyarakatan serta hiburan yang beretraskan syariat juga ada disediakan oleh penganjur bagi menceriakan lagi perjalanan karnival ini.

Acara berkenaan seperti pameran kesihatan, taklimat dafar pemilih dan tidak ketinggalan acara wajib bagi karnival itu iaitu kuliah dan ceramah agama.

Jadi kita sediakan perkara dunia dan akhirat kepada pengunjung semua, kita juga sediakan peluang berniaga dan lebih penting daripada itu kuliah yang akan dipersembahkan oleh Ustaz Azhar Idrus,” jelas beliau lagi.

Tambah Haris lagi, karnival yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong itu bakal memberi nafas baharu kepada Pasar Kedai Buloh yang mengalami kemerosotan pengunjung sejak beberapa tahun lalu.



Tag: