Artikel "Sukan" Terkini
Shopee Cup Platform Terbaik TFC Mantapkan Pasukan
KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Shopee Asean Championship Cup (ACC) merupakan platform terbaik bagi memantapkan Terengganu FC( TFC) untuk tampil lebih cemerlang bagi mengharungi kancah musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, bermain di peringkat Asean akan menjadi pengalaman yang berharga buat skuad...
17 May 24
1068
"Harap Tragedi Keganasan Terhadap Faisal, Akhyar Adalah Yang Terakhir"
KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim mengharapkan agar tragedi keganasan yang berlaku terhadap dua pemain bola sepak Faisal Halim dan Akhyar Rashid adalah kali terakhir dan tidak berulang lagi.
Katanya, detik itu merupakan sejarah hitam dalam bola sepak negara kerana...
16 May 24
1056
Tiada Bola Malam Jumaat, Terengganu ‘Terkejut’ Dengan AFF
KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Terengganu ‘terkejut’ dengan komitmen Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang tidak mengadakan perlawanan bola sepak membabitkan Terengganu FC di negeri itu pada malam Jumaat sebagai menghormati dasar kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul karim berkata, pihaknya menghargai maklum balas...
12 May 24
13977
Misi Pertama Terengganu FC Cemerlang
KUALA NERUS, 11 Mei- Terengganu FC memulakan misi Liga Super 2024/2025 dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Perak FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.
Dalam perlawanan tersebut, Pemain tengah kelahiran Uzbekistan, Nurillo Tuskhtasinov membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti...
11 May 24
823
Tun Ahmad Faisal Kemudi Kontinjen Terengganu ke SUKMA XXI Sarawak
KUALA TERENGGANU, 9 Mei- Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pembangunan), Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak ditauliahkan secara rasmi sebagai Ketua Kontinjen (CDM) SUKMA Terengganu yang bakal bersaing di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak 2024 pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Pentauliahan disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Dr...
09 May 24
1059
SUKMA Terengganu Sasar Raih 75 Emas
KUALA TERENGGANU, 8 Mei- Kontinjen SUKMA Terengganu 2024 menyasarkan untuk memungut 75 pingat emas sekali gus merebut kembali kejuaraan SUKMA edisi ke-21, kali ini.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sasaran yang diletakkan melebihi pencapaian terbaik tahun lalu dengan pungutan 64 Emas.
"Cita-cita kita besar, untuk merampas...
08 May 24
1038
MB Terengganu Harap Jenayah Cederakan Atlet Tidak Berulang
KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan rasa simpati atas perbuatan berunsur jenayah yang menimpa beberapa pemain bola sepak tanah air.
"Sesiapa jua, ia (kejadian tersebut) tidak patut berlaku dalam negara ini. Kita bersimpati kepada pemain yang menjadi mangsa.
"Pagi ini, saya...
08 May 24
535
Tomislav Gusar Serangan Sang Penyu Masih Tumpul
KUALA NERUS, 4 Mei - Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menyifatkan aksi terakhir pramusim menentang Kelantan Darul Naim FC, malam tadi bukanlah 'permainan sebenar' pasukannya.
"Ini bukan yang saya jangkakan, saya tidak tahu apa alasannya kerana kita tidak bermain sepertimana kita boleh dan biasa bermain. Apa yang berlaku kepada Akhyar...
04 May 24
983
Tomislav Puas Hati Aksi Ismaheel Akinade
KUALA NERUS, 18 April - Pengendali pasukan Terengganu Football Club (Terengganu FC), Tomislav Steinbruckner berpuas hati dengan aksi ditunjukkan penyerang import baharunya, Ismaheel Akinade pada perlawanan pramusim Agarbomb Performance Cup 2024 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Tomislav lega ketiadaan penyerang utamanya, Ivan Mamut yang dilanda kecederaan sedikit...
18 Apr 24
902
Safawi, Akhyar Bakal Diuji Malam Ini
KUALA TERENGGANU, 31 Mac – Pemain Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid dan Akhyar Rashid bakal membuat penampilan pertama bersama jersi hitam putih apabila berdepan Selangor FC II di Padang Latihan Selangor FC pada malam ini.
Pengendali Pasukan TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, tiga pemain kebangsaan iaitu Safawi, Akhyar dan juga Suhaimi...
31 Mar 24
1015