Artikel "Utama" Terkini
Rumah Sembelihan Haiwan Halal Marang Siap Mac Depan
MARANG, 9 Disember - Pembinaan Rumah Sembelihan Halal di Wakaf Tapai, di sini yang membabitkan kos RM500,000 dijangka siap pada Mac tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata rumah sembelihan berkenaan dianggarkan mampu menampung proses sembelihan 15 ekor lembu, 25...
09 Dec 21
1296
Sambutan Ulang Tahun Pas ke-70 Di TTI Ahad Ini
KUALA TERENGGANU, 9 Disember - Kemuncak saambutan ulang tahun Pas ke-70 diadakan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, Ahad ini.
Pengarah program, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara kemuncak dalam sambutan yang berlangsung dari pukul 2 hingga 6 petang itu ialah ucapan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi...
09 Dec 21
567
Orang Ramai 'Serbu' Kaunter Trafik
KUALA TERENGGANU, 9 Disember - Orang ramai mengambil peluang membayar saman trafik apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan saman trafik terpilih sehingga 80 peratus bermula Khamis sehingga 12 Disember ini.
Tinjauan mendapati orang ramai mula berbaris menunggu giliran untuk menyemak dan membayar saman sejak seawal 7.30 pagi walaupun kaunter...
09 Dec 21
1203
300 Hektar Tanah Terbiar Berjaya Dibangunkan
KUALA TERENGGANU, 9 Disember - Sebanyak 300 daripada 8,000 hektar projek pemulihan tanah terbiar berjaya dibangunkan dibawah Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata ia membabitkan tiga projek utama pertanian dan beberapa projek berskala kecil.
"Tiga projek...
09 Dec 21
730
Program Anak Susuan Patuh Syariah Dalam Kajian
KUALA TERENGGANU, 8 Disember- Kerajaan negeri menerusi portfolio Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri menjelaskan bahawa cadangan melaksanakan program Anak Susuan Patuh Syariah masih dalam peringkat kajian terperinci oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT).
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah...
09 Dec 21
588
Pelumba TSG Juara Keseluruhan Di Jelajah Thailand
KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) berjaya merangkul gelaran pelumba terbaik keseluruhan menerusi pelumbanya Jambaljamts Sainbayar.
Atlet berbasikal berbangsa Mongolia itu berjaya menyarung jersi kuning setelah mengekalkan prestasi sejak hari pertama, meskipun menamatkan kayuhan terakhir di tempat kedua.
Pada perlumbaan peringkat keenam, Adne van Engelene dari...
08 Dec 21
1302
Projek Perumahan Rakyat Baharu Akan Dibina Di Kemaman
PUTRAJAYA, 7 Disember - Kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan projek perumahan terbaharu di atas tanah kerajaan seluas 211.55 ekar di Kemaman bagi memastikan lebih ramai rakyat di negeri ini memiliki kediaman sendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, pihaknya akan menyerahkan tawaran ...
08 Dec 21
2142
Terengganu Catat Penggunaan Katil Tertinggi
KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan Terengganu mencatatkan penggunaan katil tertinggi iaitu 67 kes atau 86 peratus.
Ia diikuti kedah (43 kes atau 80 peratus), Kelantan (97 kes atau 79 peratus), Melaka (22 kes atau 78 peratus) dan Johor 72 peratus.
Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, penggunaan...
08 Dec 21
448
JPS Pasang Siren Hantar Amaran Banjir Kepada Penduduk
HULU TERENGGANU, 8 Disember - Sebanyak 21 stesen siren amaran awal banjir dibangunkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu bagi memberi isyarat kepada penduduk mengenai bencana banjir di Terengganu.
Timbalan Pengarah JPS Terengganu, Osman Abdullah berkata, stesen siren yang bernilai RM80,000 setiap satu itu dinaik taraf menerusi Program Ramalan dan...
08 Dec 21
1077
KHSB, Ketengah Jaya Salur Sumbangan RM250 Ribu Kepada Tabung Darul Iman
KUALA TERENGGANU, 8 Disember- Kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB) dan Ketengah Jaya Sdn Bhd menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyalurkan sumbangan bernilai RM250,000 kepada Tabung Darul Iman.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHSB, Mohd. Zaid Sulaiman berkata, pemberian sumbangan hasil keuntungan perniagaan anak-anak syarikat itu bagi membantu meringankan beban...
08 Dec 21
868