• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kebajikan Penduduk Jadi Keutamaan

SETIU, 26 Januari 2022 - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit sentiasa mengutamakan kebajikan penduduk dengan sentiasa turun padang bagi memastikan segala keperluan dan bantuan yang bersesuaian dapat dihulurkan demi kesejahteraan komuniti, di sini.

Pegawai Penyelarasnya, Mohd Shafizi Ismail berkata, melalui aktiviti ziarah yang sering kali diadakan menjadi tanda bahawa kerajaan kini sangat mengambil berat serta cakna tanpa mengira latar belakang masyarakat yang berada di dalam sesebuah komuniti.

"Melalui aktiviti ziarah dan juga agihan bantuan telah dijadikan rutin bagi PKM untuk melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat serta orang awam dimana setiap bantuan yang diagihkan adalah berdasarkan keperluan dan keutamaan yang diteliti daripada maklumat yang diterima daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.

"Agihan setiap bantuan tidak hanya datang daripada pihak kita, tetapi juga daripada agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tabung Darul Iman (TDI), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan lain-lain,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas melakukan ziarah kebajikan serta telah menyerahkan bantuan kerusi roda kepada seorang penduduk uzur di Kampung Mengadang Telong bagi memudahkan pergerakan warga emas terbabit, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pemuda PAS DUN Batu Rakit, Mohd Nasrullah Kamaruddin, Pegawai Kebajikan PKM DUN Batu Rakit, Mohd Fadol Ismail serta JPKK Mengabang Telong.

Mengulas lanjut, katanya bantuan seperti itu dan seumpamanya adalah penting bagi golongan yang memerlukan dalam kalangan rakyat yang telah uzur atau sakit bagi memudahkan untuk menuruskan diri.

"Selain daripada serahan kerusi roda, sedikit sumbangan berupa barangan keperluan asas dan buah-buahan,"ujarnya.


Tag: