Royalti Petroleum : Kerajaan Perpaduan Lebih Teruk Daripada Kerajaan PH
Muhammad Khalil menyampaikan sumbangan. |
Oleh: Fidee Aziz
KUALA TERENGGANU, 26 Mei – Kebajikan rakyat bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata sebaliknya ia terbuka kepada semua sama ada melalui persendirian atau pertubuhan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, konsep kebajikan rakyat dalam Islam tidak hanya tertumpu dan menjadi peranan pihak pemerintah sahaja.
Katanya, sebaliknya usaha membantu golongan kurang bernasib baik harus dipikul bersama bagi memberikan impak yang lebih berkesan pada masa hadapan.
“Walaupun tugas ini terletak pada kerajaan tetapi disisi Islam ia terbuka dan tugas ini boleh di laksanakan samada oleh parti-parti politik, NGO dan individu-individu yang berupaya untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan.
“Islam menggalakkan konsep takaful dan ta’awun (tolong-menolong) diantara satu sama lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Sumbangan kepada Fakir Miskin Komuniti Batu Buruk di Dewan Dato Wan Mutallib, Kuala Ibai, di sini semalam.
Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri turut memberitahu, hasil kerjasama itu secara tidak langsung akan melahirkan sebuah masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera.
“Dalam Islam kaedah mengeratkan hubungan sesama manusia ada pelbagai, salah satunya ialah dengan memberi zakat, sumbangan dan infaq kepada yang kurang berkemampuan.
Program yang meraikan lebih 180 orang kurang berkemampuan itu dianjurkan oleh MTD Batu Buruk.