• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Kedai Mesra Crystal Dan Crystal Barbershop Mula Dibuka

Foto oleh: Aminji

KEMAMAN, 9 November - Crystal Auto Car Wash telah beroperasi sejak 3 tahun yang lalu. Namun kini perniagaan ini mula diperhebatkan lagi dengan pembukaan Kedai Mesra Crystal dan Crystal Barbershop (gunting rambut) di lokasi yang sama iaitu di Batu 1 1/2, Jalan Air Puteh. 

Pemiliknya, Kamarul Azmi Othman, 38 tahun memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas pembukaan kedainya itu.

"Alhamdulillah, syukur hari ini saya berjaya memperluaskan lagi dalam bidang perniagaan yang saya ceburi ini dengan pembukaan dua lagi kedai iaitu kedai runcit dan kedai gunting rambut.

Saya mengharapkan perniagaan yang saya usahakan bersama dua lagi rakan niaga saya ini akan memperoleh keberkatan dari Ilahi dan diberikan rezeki yang melimpah ruah, insya Allah," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui selepas majlis perasmian kedainya itu, kelmarin.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Turut hadir memeriahkan majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim.

Crystal Auto Car Wash pula menyediakan  perkhidmatan cuci kereta secara pandu lalu. Ianya cepat, mudah dan harga yang dikenakan pula sangat berpatutan.


Tag: