• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Kelantan Sambut Baik Kolaborasi Sukan Berbasikal Dengan Terengganu



Pasukan Berbasikal Kayuhan Muhibbah dari Bachok Kelantan, sampai ke destinasi mereka di Pantai Peranginan Batu Burok petang ini.
KUALA TERENGGANU,  12 April - Kerajaan Kelantan sambut baik cadangan kolaborasi sukan berbasikal antara Terengganu dan negeri itu sekali gus kerajaan itu akan memberi kerjasama sepenuhnya sekiranya ia direalisasikan di masa akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama (Bachok,  Kelantan), Mohd Huzaimy Che Husin berkata,  cadangan tersebut amat baik untuk mengeratkan hubungan antara warga sukan berbasikal Kelantan dan Terengganu di masa akan datang.

Di samping itu katanya,  kedua-dua belah pihak secara tidak langsung boleh memperkenalkan tempat-tempat menarik  bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua negeri tersebut.

Mohd Huzaimy (tengah) diwawancara berkait cadangan kolaborasi sukan berbasikal.


"Ini merupakan cadangan yang baik dan kerajaan Kelantan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya untuk merealisasikan cadangan tersebut," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pentas Budaya Pantai Batu Buruk di sini.

Kira-kira 70 peserta terlibat dengan program Kayuhan Muhibbah anjuran River Village Cycling Club (RVCC) dari Pantai Irama dengan kerjasama Pepsi Blue Club dari Terengganu.

Peserta tersebut berlepas dari Pantai Irama bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 6.30 petang di Pantai Peranginan Batu Burok.

Ustaz Mohd Soud (tengah) bersama Pepsi Blue Club.


Mereka diraikan di majlis ringkas di dewan pentas berkenaan sejurus sampai di situ.

ADUN Pantai Irama menyampaikan ucapan di majlis tersebut sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan program berkenaan.

Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Ustaz Mohd Soud Said.

Mereka juga turut diraikan oleh ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed di Majlis Makam Malam sempena program tersebut di Kediaman Seri Iman di sini.

Tag: