• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Bantu Promosi Produk Anak Syarikat

KUALA TERENGGANU, 27 September - Kerajaan negeri membantu mempromosikan produk anak syarikatnya untuk industri pembinaan di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, pihak Setiausaha Kerajaan (SUK) Perumahan akan membuat satu polisi di mana kontraktor atau pemaju projek perumahan mestilah membeli produk berasaskan cermin dan aluminium ini dgn kilang Golden Pharos (GP) Glass.

"Satu mekanisma dan garis panduan akan dibincang dan dimuktamadkan di peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. Menerusi lawatan ini secara tidak langsung akan dimanfaatkan kepada usahawan ataupun pembekal tempatan yang akan bernaung di bawah kilang GP Glass ini," ujarnya.

Lawatan kedua ke kilang IBS Acotec bagi membuka minda kontraktor dan perunding pembinaan rumah berkenaan beberapa teknologi yang lebih maju dan efisien dimana dengan menggunakan teknologi IBS ini proses pembuatan rumah lebih cekap dan kos lebih murah daripada kaedah biasa.

Beliau berkata, teknologi ini akan diguna pakai bagi projek perumahan Taman Putera Rahman di Tembila yang dimajukan oleh pihak Wanland Metro Sdn Bhd. 

Lawatan bermaklumat itu turut dihadiri pemaju dan kontraktor perumahan Negeri Terengganu serta pasukan perunding projek yang terdiri dari arkitek dan juru ukur bahan.