lightning-solid
Berita :
Kerajaan Negeri Lulus 54 Lokasi Bazar Ramadan di Terengganu
Kerajaan Negeri Lulus 54 Lokasi Bazar Ramadan di Terengganu
Mohd Irsyadi Abu Bakar
2 jam yang lepas
92

KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Sebanyak 54 tapak bazar telah diluluskan meliputi tujuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Terengganu, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, jumlah itu akan menempatkan seramai 4,355 orang peniaga yang akan beroperasi di seluruh negeri. 

Menurutnya, beberapa PBT turut membenarkan penganjuran Pesta Moreh di 15 lokasi, melibatkan kira-kira 528 orang peniaga.

"Ada beberapa tempat (tapak) yang PBT buat bidaaan terbuka terutama melibatkan kawasan 'hotspot'. 

"Pun begitu, masih banyak yang diserahkan kepada kelab, jabatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang mengenakan bayaran dalam jumlah mimimum contohnya yang berhampiran Pasar Payang dengan hanya RM600 satu tapak.

"Banyak lagi tempat lain dengan harga yang kurang dan tidak membebankan. Ini bertujuan untuk hasil bagi PBT berkenaan dan yang pasti, harga yang di tawarkan masih tidak melampaui," katanya ketika ditemui media selepaas merasmikan Majlis Pemaklumakn Projek Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) di Kampung Kubang Parit, hari ini.

617109783_1410410560449394_3654354689948560637_n.jpg 782.05 KB
Tambahnya, fokus utama pihaknya kini ialah pengurusan bazar Ramadan yang lebih tersusun dan berhemah, pemantauan kebersihan dan keselamatan makanan, kawalan lesen peniaga sementara, pengurusan lalu lintas serta penyelenggaraan kemudahan awam termasuk pasar, surau, tandas awam dan kawasan tumpuan orang ramai. 

Langkah-langkah berkenaan dilaksanakan secara bersepadu dengan agensi berkaitan bagi memastikan suasana Ramadan yang selesa, teratur dan kondusif kepada peniaga serta masyarakat, selaras dengan usaha PBT untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Terengganu. 




Tag :

Artikel Berkaitan