• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Kerajaan Tidak Pernah 'Pejam Mata' Kesusahan Rakyat

KUALA TERENGGANU, 20 Julai- Kerajaan tidak pernah 'pejam mata' kesusahan yang ditanggung oleh rakyat dan sentiasa berusaha untuk membantu mereka keluar daripada kemiskinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata setiap sebagai wakil rakyat beliau berhadapan dengan pelbagai masalah rakyat.

"Ada yang sakit memerlukan bantuan peralatan kesihatan, ada yang berniaga, kita bantu menyediakan peralatan perniagaan dan belum lagi masuk soal longkang, jalan malah babi masuk kampung pun kita selesaikan juga," katanya sambil berseleroh.

Tengku Hassan berkata demikian ketika berucap di Program Pendaftaran dan Bayaran Caruman I-Suri KWSP Peringkat DUN Ladang Tahun 2022 bertempat di Dewan Serbaguna Bukit Kecil di sini hari ini.

Beliau yang turut kecewa dengan kehadiran penerima I-Suri yang terdiri daripada surirumah sepatutnya hadir untuk mencarum tetapi tidak berbuat demikian.

"Kerajaan  ingin membantu suri rumah yang terpilih supaya di hari tua ada simpanan, jadi kerajaan buat setiap bulan kena simpan RM5 sebulan dan kerajaan tambah menjadi RM40 sebulan dan setahun mesti mencarum RM60, kerajaan beri."Ikut suka nak masuk RM5 atau RM10 sebulan asalkan setahun cukup RM60 dan boleh diambil lima tahun kemudian, kalau mula umur 50 tahun, boleh diambil ketika umur 55 tahun, kalau 60 tahun, boleh diambil masa umur 60 tahun, jadi rebutlah peluang ini," ujarnya.


Tag: