• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Keselamatan Pelancong Diutamakan





Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ariffin Deraman memberitahu keselamatan pelancong ke pulau-pulau peranginan di Terengganu semasa musim tengkujuh adalah agenda utama kerajaan negeri dalam persediaan menghadapi kebarangkalian cuaca dan keadaan laut yang tidak menentu  ketika musim tengkujuh.

Katanya, apa yang diwar-warkan  melalui media yang menyatakan jangkaan penutupan resort-resort adalah sebagai langkah persediaan menghadapi musim tengkujuh.

“Bagaimanapun kepada bot-bot untuk keluar ke laut ianya  bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan penilaian agensi penguatkuasa berkaitan untuk memberi pelepasan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, kerajaan negeri  prihatin tentang keselamatan pelancong  supaya pengusaha -pengusaha pelancongan di pulau – pulau ini sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap keadaan serta situasi semasa.

“Selain perlu peka kepada laporan serta arahan daripada agensi – agensi yang berkaitan seperti Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia.” katanya


Tag: