• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

KETENGAH Aktifkan Bilik Gerakan Bencana

DUNGUN, 2 Mac - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) kembali mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana selepas tiga daerah di bawah wilayahnya dilanda banjir sejak 25 Februari lalu.

Pengurus Besar KETENGAH, YM Tengku Ahmad Nadzri berkata, Bilik Gerakan Bencana yang terletak di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) tersebut beroperasi selama 24 jam sehari bagi memudahkan kerja-kerja menyelaras bantuan banjir di daerah wilayahnya iaitu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

"Kita telah aktifkan Bilik Gerakan Bencana secara pentadbiran sejak 25 Februari selepas daerah Kemaman menjadi daerah pertama dilanda banjir. 

"Bilik gerakan ini juga sebagai persediaan kepada sukarelawan KETENGAH menguruskan apa sahaja berkaitan bencana banjir yang sedang menimpa sebahagian penduduk wilayah ini," katanya. 

Nadzri berkata,sebanyak 22 lokasi telah disalurkan kit bantuan bencana yang berjumlah RM31,700 disumbangkan kepada  Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di wilayah kami.

"Kita juga akan menyalurkan bantuan ini dari semasa ke semasa," katanya.

Dalam perkembangan sama katanya, KETENGAH telah menyerahkan sumbangan 204 kit bantuan bencana bernilai RM20,400 di Hulu Dungun.

"Antara lokasi terlibat ialah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Rantau Panjang, PPS Kampung Shukor di Hulu Dungun dan PPS Jongok Batu," ujarnya.


Tag: