• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd Taja SSEAYP Ke-43



Syarikat Bumiputera dari Terengganu, Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, semalam, secara rasmi menjadi penaja utama Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) Ke-43.

Acara penyerahan penajaan itu dilancarkan di Majlis Penyerahan Bendera Kepada Ketua Kebangsaan SSEAP, yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Putrajaya.

Pengarah Urusan syarikat tersebut, Faeez Arsy Yusof, berkata penajaan tersebut merupakan usaha bagi mengembangkan lagi jenama syarikatnya ke peringkat antarabangsa.

“Sehingga hari ini, jenama Kobert telahpun mula dikenali di Malaysia dan dengan penajaan untuk program ini diharapkan ianya dapat dikembangkan ke persada antarabangsa.

“Selain itu, penajaan program ini juga dapat membantu kami menjalinkan kerjasama yang lebih rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan,” katanya kepada Teganukita.



Program di bawah kelolaan Jabatan Belia dan Sukan Negara tersebut akan bermula pada 24 Oktober akan datang sehingga 15 Disember dengan melibatkan peserta-peserta dari negara ASEAN.

Seramai 29 peserta yang akan mewakili Malaysia untuk program tersebut menerima tajaan berupa kelengkapan pakaian dari Kobert sepanjang pelayaran selama hampir dua bulan tersebut.

Tag: