• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Komited Lengkapkan Kaum Hawa Dengan Ilmu

KUALA NERUS, 25 Jun - Kerajaan negeri komited melengkapkan diri dalam kalangan kaum wanita Terengganu dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang cukup bagi membolehkan mereka bersaing menghadapi kehidupan.

Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu, Wan Nur Sakinah Din berkata, rakyat perlu peka perkembangan semasa kerana pada zaman era yang serba moden sekarang banyak berlaku  isu-isu berkaitan sosial dalam masyarakat.

"Jadi kita bawakan ustazah dan asatizah yang hebat untuk kita dengar kalam-kalam mutiara ilmu  untuk ambil jadikan pedoman dalam kehidupan kita seharian.

"Kita juga tak boleh menolak pentingnya peranan wanita yang menjadi tunjang dalam sesebuah keluarga untuk membentuk satu keluarga yang harmoni dan sejahtera," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Suara Hati Wanita di Dataran Pasar Malam, Gong Badak, pada hari ini.

Menurutnya, seramai 600 orang kaum hawa hadir dalam program sebegini.

Beliau menambah, pihak kerajaan begitu komited  mendekatkan agensi kerajaan  bersama masyarakat setempat. 

"Dalam karnival untuk slot wanita ini ubtiuk angkat martabat dan institusi kekeluargaan  yang berprinsipkan keluarga Islam," ujar Sakinah.

 Justeru itu, beliau berharap setiap program yang dilaksanakan dapat kaum Hawa mengambil peluang dan manfaat serta fokus apa yang dikongsi.


Tag: