• 16 Jan 2021 | 2 Jamadil Akhir 1442

Koperasi Ladang Kelapa Sawit Terengganu Berhad Masuk Tahun Ke 48

KEMAMAN, 26 Oktober - Ditubuhkan sejak tahun 1972, usia Koperasi Ladang Kelapa Sawit Terengganu Berhad kini menjangkau 48 tahun dan masih aktif beroperasi menjaga kebajikan ahli.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Ladang Kelapa Sawit Terengganu Berhad, Abdullah Zawawi Jusoh berkata, selama 36 tahun berada di TDM Plantation, tahun ini kali pertama perasmian mesyuarat agung dirasmikan oleh Ahli Parlimen merangkap Ahli Lembaga Pengarah TDM Plantation.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Ladang Kelapa Sawit Terengganu Berhad Abdullah Zawawi Jusoh

“Inisiatif penubuhan koperasi ladang kelapa sawit ini ditubuhkan bagi mengelakkan ahli meminjam duit daripada orang luar atau kontraktor-kontraktor," ujarnya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung di Dewan Komuniti Ladang Tebak, Kemaman di sini semalam.

Tambahnya, koperasi itu mempunyai 21 lot kedai di Padang Kubu. Sehingga 2019 kutipan yang diperolehi melalui sewaan bulanan adalah sebanyak RM21,000.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid turut memberitahu, mereka mempunyai keahlian seramai 146 orang dan kebajikan ahli diutamakan lebih-lebih lagi semasa COVID-19 melanda negara Malaysia.

"Alhamdulillah koperasi ini dapat memberi bantuan kepada ahli semasa pandemik COVID-19 sebanyak RM250 seorang bagi menampung kos harian,” katanya.

Kehadiran penuh ahli Koperasi

Keahlian Koperasi Ladang Kelapa Sawit Terengganu Berhad adalah dalam kalangan kakitangan pejabat di Ladang TDM Kemaman sahaja.


Tag: