• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Lagenda Muay Thai Dunia 'Menari' Di Terengganu



KUALA TERENGGANU - Petarung Muay Thai terkemuka dunia, Seanchai PK akan turun menentang petarung Korea Selatan yang sedang meningkat naik, Kim Donghwan dalam DSPEX Muay Thai Challenge Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, pada 5 Oktober ini.

Seanchai yang digelar 'lagenda hidup' oleh peminat sukan Muay Thai merupakan petarung yang memiliki kemahiran pertarungan paling menarik untuk disaksikan.

Pengerusi penganjur kejohanan, Mohd Azmi Deraman berkata, kejohanan itu merupakan kejohanan kedua terbesar negara yang disertai petarung Thailand itu.

Jawatankuasa penganjur kejohanan.

"Kejohanan ini turut menampilkan enam petarung tempatan bagi merebut piala menteri besar serta satu lagi petarungan antarabangsa di antara, Luke dari Wales dan Petsangnaun dari Thailand," katanya.

Paling menarik, DSPEX Muay Thai Challenge yang mendapat sokongan kerajaan negeri menawarkan harga serendah RM70 bagi sekeping tiket menyaksikan kejohanan.

"Ini merupakan tiket masuk paling murah di dunia yang melibatkan Seanchai. 

"Tambahan pula kami sertakan cenderahati berupa t-shirt kejohanan dan cabutan bertuah kepada penonton, ia nyata berbaloi," katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, kelmarin.

Maklumat berkenaan tiket kejohanan boleh didapati menerusi laman Facebook DSPEX Muay Thai Terengganu Challenge 2018 atau menghubungi Kelab Muay Thai Kubang Jela melalui talian 019-966 5327.

Aksi Seanchai di salah satu pertarungan.








Tag: