Isu Banjir Di Perkampungan Darul Barakah Dapat Perhatian Kerajaan Negeri
Laksana Pembangunan Utama Tingkatkan Kualiti Penduduk Kuala Besut
KUALA TERENGGANU, 20 November – Kerajaan negeri disarankan agar melaksanakan beberapa projek pembangunan utama bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat serta memperkukuhkan sektor pelancongan yang menjadi nadi ekonomi rakyat setempat di di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, beberapa cadangan yang perlu ditambah baik di kawasan tersebut dalam sektor pembangunan.
“Naiktaraf sistem jalanraya berkembar iaitu jalan ke Pekan Kuala Besut daripada sempadan Negeri Kelantan di Kampung Pachakan memandangkan berlaku kesesakan kenderaan diwaktu puncak setiap hari dan jalan menghubungkan ke Tok Bali Pasir Putih Kelantan.
“Dan sistem perparitan di ketiga-tiga mukim di DUN kuala Besut dan terdapat lagi sistem perparitan yang perlu diselenggarakan.
Beliau berkata demikian dalam pembahasan bajet pada Mesyuarat ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, semalam.
Dalam sektor pelancongan pula, Azbi berkata Pulau Perhentian menjadi tarikan utama para pelancong ratusan ribu dari seluruh negara pada setiap tahun.
“Pihak kerajaan negeri melalui Agensi Pelancongan Negeri perlu menitik berat hal hal tersebut iaitu antaranya pembinaan jeti baru yang lengkap dengan kemudahan terkini.
“Sistem pengurusan di jeti yang lebih efektif kepada pelancong, sistem pengangkutan dari Terminal Bas di Pekan Baru Kuala Besut ke jeti pelancongan di Pekan Lama Kuala Besut menjadi agenda utama,” ujar beliau.
Justeru itu, beliau turut berharap agar pihak Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dapat merealisasikan moto Kerajaan Terengganu iaitu Terengganu Maju Berkat Sejahtera.