• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Lawatan Kerja Sehari TPM Ke Terengganu Jumaat Ini



Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu Jumaat ini (17 Mac).

Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, dijangka akan hadir ke Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka akan membanjiri program yang bermula jam 4.30 petang.

Kemudiannya, kira-kira jam 8.00 malam, Zahid dijadual akan menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang Dato’ Tengku Zainuddin Tengku Zahid di Regency Resort, Kuala Ibai.


Beliau dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira jam 7.30 pagi, keesokannya. 


Tag: