Graduan Perlu Tingkat Kemahiran Bagi Penuhi Keperluan Industri
KUALA TERENGGANU, 4 Februari - Kejohanan Terengganu Marathon 2025 (TM2025) yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 Februari 2025 dijangka mendapat penyertaan melebihi 20,000 peserta dari dalam dan luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Induk TM2025, Hishamuddin Abdul Karim, mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan kejohanan tersebut di Wisma Darul Iman, semalam.
Menurut beliau, segala persiapan sedang berjalan lancar bagi memastikan kejohanan berlangsung dengan jayanya.
“Kejohanan Terengganu Marathon 2025 akan berlangsung pada 21 & 22 Februari 2025 dengan pelbagai kategori dipertandingkan iaitu 42KM (marathon penuh), 21KM (separuh marathon), 10KM dan 5KM.
“Larian ini akan bermula di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu dan dijangka akan disertai oleh lebih 20,000 peserta yang terdiri daripada pelari tempatan dan luar negara,” katanya dalam satu hantaran Facebook rasminya.
Selain menjadi medan persaingan buat pelari profesional dan amatur, TM2025 juga berpotensi dalam mempromosikan pelancongan sukan di Terengganu serta menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke negeri ini.
Dengan penyertaan besar dari pelari tempatan serta antarabangsa, Hishamuddin meletakkan kepercayaan bahawa acara Terengganu Marathon 2025 akan menjadi satu lagi kejohanan sukan berprestij yang bakal membanggakan negeri Terengganu.