• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Lemang Raya Percuma Sambut Kepulangan Perantau Terengganu

Ab Razak mengagihkan lemang kepada perantau yang pulang berhari raya.



Oleh : Aminji

KEMAMAN, 4 Jun - Mengambil peluang detik-detik akhir Ramadan, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Air Putih telah mengagihkan 1,000 batang lemang sebagai menyambut kepulangan perantau.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ab Razak Ibrahim berkata, program berkenaan menyasarkan pengguna di kawasan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).

Jelasnya, program itu melibatkan kira-kira 500 kenderaan yang melalui kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing.

“Kita dapat mengagihkan lemang pada jam 4.30 petang dan berjaya menghabiskan kesemua 1,000 batang lemang pada pukul 6.00 petang.


Risalah kerajaan negeri turut diedar.


“Kita sangat berpuas hati dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para perantau yang berhenti rehat di RnR tersebut, terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan program in,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Program Agihan Percuma Lemang Aidilfitri 2019 tersebut, di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berharap agar program tersebut dapat dilaksanakan setiap tahun dan diperluaskan di tempat-tempat yang lain.

“Diharapkan program ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan, dengan tambahan aktiviti berbuka puasa bersama perantau yang singgah di Rn& Jabur Perasing,” ucap beliau.

Unit amal tidak ketinggalan menjayakan program murni itu.




Tag: