• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Lima Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadan di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 15 Mac - Lima lokasi di negeri ini dipilih untuk melihat anak bulan Ramadan pada Petang Rabu 22 Mac ini bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan memaklumkan cerapan anak bulan yang akan dilaksanakan itu membabitkan  29 lokasi terpilih di negara ini oleh jawatan kuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan.

Bagi negeri ini, lokasi melihat anak bulan ialah Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut) dan Balai Cerap (Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin), Mukim Merang (setiu).

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen, pada malam berkenaan.


Tag: