Terengganu Tarik Pelaburan RM3.1 Bilion Melalui ECERDC, Jana Lebih 5,000 Kerja
KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Program Madinah Ramadan bakal memeriahkan kembali malam di bulan puasa ini apabila ia kembali diteruskan pada 30 Mac nanti.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat Terengganui sepertinya sudah tidak sabar lagi untuk merasai kemeriahannya sejak ia diadakan sebelum ini.
"Baru ini ada yang bertanya di media sosial facebook saya tentang program (Madinah) Ramadan yang kita telah jalankan sebelum ini.
"Alhamdulillah, seperti tahun sebelumnya kita juga meneruskan program ini dan bermula pada 30 Mac 2023, Dataran Jambatan Angkat Terengganu menjadi destinasi pilihan kali ini, jemput hadir beramai-ramai,"ujarnya.
Beliau berkata demikian melalui facebooknya, di sini, semalam.
Untuk rekod, Madinah Ramadan merupakan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan negeri bermula 2018 untuk menyebar luaksan usaha dakwah serta menyampaikan ilmu kepada masyarakat Terengganu bagi memenuhi bulan ini dengan melakukan perkara bermanfaat.
Antara acara yang dijangka akan diadakan selama 12 hari sebagaimana sebelum ini ialah berbuka puasa bersama, solat Maghrib dan Isyak berjemaah kemudiaan disusuli solat Tarawih.
Selain akan turut diisi dengan tazkirah, bicara ilmu, ceramah Badar al-Kubra dan Nurul al-Qur'an serta pelbagai lagi aktiviti yang akan menjadikan sambutan bulan ini akan pernuh bermakna.