• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Mangsa PPS SK Banggol Peradong Catat Trend Menaik

KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong mencatat trend menaik setelah tiga hari dibuka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, 10 keluarga berpindah pada hari pertama dibuka, diikuti 43 keluarga pada hari kedua dan seterusnya meningkat kepada 82 keluarga setakat jam 10.30 malam tadi.

"Sebanyak sepuluh buah kampung yang terlibat dengan banjir dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading dengan kira-kira 300 orang mangsa.

"Ini adalah perkara biasa di PPS di sini. Ini kerana kerana banjir yang berlaku bukan disebabkan air hujan setempat, tetapi berikutan air banjir yang mengalir ke kuala dari Hulu Terengganu," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa memantau keadaan mangsa banjir di PPS SK Banggol peradong malam tadi.

Katanya lagi, PPS tersebut mula dibuka pada jam 9 malam hari ahad yang lepas.

“Kebiasaannya trend kembali menurun selepas beberapa hari berikutan paras air yang telah surut dan mangsa sudah boleh pulang ke rumah masing-masing," ujar beliau.

Beliau juga menasihati semua penduduk agar mengutamakan keselamatan dan tidak degil untuk berpindah apabila diarahkan pihak berkuasa.


Tag: