• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Mangsa Ribut Di DUN Kuala Besut Dapat Bantuan Segera






Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 18 Jun- Beberapa orang mangsa ribut baru-baru ini  mendapat bantuan segera daripada  Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh memberi bantuan segera kepada beberapa buah rumah yang tercabut atap dan bocor  di  Kampung Pachakan, Kampung Kayu Kelat, Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Bayu dan Kampung Alor Teratai.

"Saya berharap mangsa yang terlibat dapat bersabar di atas musibah yang menimpa mereka ini.

"Kami daripada Pusat Khidmat DUN akan sedaya upaya membantu apa yang termampu bagi meringankan beban mangsa ribut ini supaya rumah mereka dapat dibaik pulih dengan baik", ujar beliau ketika melawat rumah-rumah mangsa turut melahirkan rasa simpati di atas musibah yang menimpa mereka.



Turut hadir ketika melawat rumah-rumah tersebut ialah wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wakil daripada Pusat Khidmat DUN Kuala Besut.


Azbi berkata, bantuan segera ini ialah bagi menampung kos membaik pulih atap-atap yang bocor agar rumah mereka dapat diduduki dengan segera.



Tag: