• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Masjid Mengabang Tengah Runtuh













KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Ribut yang melanda bandar ini malam tadi menyebabkan Masjid Mengabang Tengah, Batu Buruk, yang sedang dinaik taraf runtuh sekali gus menjejaskan struktur utama masjid berkenaan.

Susulan kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi menggesa pihak berkuasa atau agensi kerajaan berkaitan supaya mengadakan siasatan segera bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar terutama jemaah yang mengunjungi rumah ibadat itu.

“Alhamdulillah tidak ada sebarang kecederaan mahupun kehilangan nyawa. Itu yang penting dan saya nasihatkan kepada penduduk supaya mengikut arahan daripada pihak berkuasa sama ada boleh memasuki masjid berkenaan atau tidak.

"Saya berharap agar penduduk bersabar sehingga pihak berkuasa membuat siasatan bagi mengelakkan sebarang perkara diingini,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika meninjau tempat kejadian, malam tadi.

Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera DUN Batu Buruk,Abu Bakar Salleh, wakil MPKK Mengabang Tengah dan penduduk sekitar.

Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri berkata, masjid itu sudah lama dimanfaatkan masyarakat sekitar sedang dinaik taraf dan dipantau Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT).

Menurut beliau, pihak berkuasa akan memaklumkan berkenaan status masjid itu sama ada selamat digunakan sepanjang  Ramadan ini, dalam masa terdekat.





Tag: